KELANTAN, 13 September 2022 : Bertempat di Sektor Pusat Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah berlangsung Training of Trainers Sistem (TOT) eMYInd Peringkat Negeri Kelantan pada 12 September 2022. Seramai 15 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta pegawai projek di jabatan.
TOT ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman behubung pelaksanaan Sistem eMYInd dalam kalangan Focal Point di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta meningkatkan kemahiran pegawai yang terlibat berhubung pengurusan modul-modul didalam system eMYInd diperingkat negeri mahupun di lapangan.
Program sehari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta wakil daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 158
