- JBS Kelantan
- Hits: 295
PROGRAM W-FIT@COMMUNITY SIRI 2 PERINGKAT DAERAH JELI BERSAMA KELAB AEROBIK BUKIT JERING, KUALA BALAH
JELI, 29 OGOS 2022 – Telah diadakan Program W-Fit@Community siri 2 peringkat daerah Jeli anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Jeli dengan kerjasama Kelab Aerobik Bukit Jering, Kuala Balah pada 20 Ogos 2022, Sabtu lalu bertempat di Dewan R&R Kuala Balah, Jeli.
Program senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Aerobik Bukit Jering telah melibatkan penyertaan wanita seramai 51 orang melibatkan 4 buah kelas di bawah Kelab Aerobik Bukit Jering iaitu Kubur Datu, Kuala Balah, Pasir Dusun dan Bukit Abu. Selain itu, komuniti setempat juga turut menyertai aktiviti senamrobik pada kali ini. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan menyemai budaya hidup aktif di kalangan wanita dalam kehidupan seharian selain membudayakan gaya hidup sihat.
Turut hadir bersama program kali ini adalah YBrs Pn. Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan daerah Jeli bersama Pn. Nur Fadhlira binti Dungun dan En. Mohamad bin Daud, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 295
