- JBS Kelantan
- Hits: 227
TAKLIMAT DAN PENYELARASAN KONTINJEN NEGERI KELANTAN KE KEJOHANAN MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
KELANTAN, 18 OGOS 2022 - Telah berlangsung Sesi Taklimat dan Penyelarasan Kontinjen Negeri Kelantan ke Kejohanan Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Kebangsaan bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSN Kelantan. Kejohanan MSL Peringkat Kebangsaan akan berlangsung bermula 25 Ogos 2022 sehingga 28 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Sukan SkyArena Kuala Lumpur.
Turut hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan. Beliau mengharapknan semua pasukan ke kejohanan tersebut memberikan semangat juang yang tinggi dan tidak gentar terhadap pihak lawan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 227
