
KOTA BHARU, 27 April 2022 - Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah membuat t lawatan turun padang ke Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Furqani di Kampung Dusun Raja, Tapang.
Sesi kunjungan ini telah disambut baik oleh pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Ulum Al-Furqani di Kampung Dusun Raja, Tapang dan sentiasa bersedia untuk bekerja sama dengan PBSD Kota Bharu dalam pelaksanaan program pembangunan belia dan rakan muda.
PBSD Kota berharap sesi percambahan idea ini dapat membuahkan hasil yang baik dalam menggorak langkah memacu kelangsungan pembangunan dan pelaksanaan program belia dan sukan di Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 316




