- JBS Kelantan
- Hits: 224
EMPAT PASUKAN MEWAKILI DAERAH JELI TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BOLA KERANJANG MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT NEGERI KELANTAN
JELI, 28 JULAI 2022 – Telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang Malaysia Sports League (MSL) peringkat Negeri Kelantan bagi kategori Lelaki dan Wanita pada 15 Julai 2022 yang lalu bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sebanyak 20 pasukan kategori lelaki dan 20 pasukan kategori wanita terdiri daripada 10 daerah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Bagi daerah Jeli, empat pasukan mewakili dua pasukan kategori lelaki dan dua pasukan kategori wanita telah berentap dalam kejohanan tersebut. Walaupun pasukan mewakili daerah jeli terkandas di peringkat suku akhir dan peringkat kumpulan, namun pujian harus diberikan di atas komitmen dan semangat juang yang telah diberikan dalam kejohanan tersebut.
Pejabat Belia dan Sukan daerah Jeli mengucapkan ribuan terima kasih diatas jalinan kerjasama yang telah diberikan sepanjang penglibatan dalam kejohanan Malaysia Sports League (MSL) peringkat daerah Jeli mahu pun peringkat Negeri Kelantan. Semoga pengalaman penyertaan sehingga ke peringkat Negeri Kelantan ini dapat menyuntik semangat juang pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 224
