- JBS Kelantan
- Hits: 213
KUNJUNG HORMAT PENGERUSI PERSATUAN PERSATUAN AMAL ALTERNATIF JARINGAN RAKAN CAKNA MALAYSIA (AJRCM)
KOTA BHARU, 24 JULAI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Persatuan Amal Alternatif Jaringan Rakan Cakna Malaysia (AJRCM) iaitu Encik Faizul bin Yusof dan Ahli Jawatankuasa. Kehadiran persatuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan penubuhan Persatuan Belia dan Kelab Rakan Muda di Daerah Kota Bharu serta perbincangan mengenai Penyertaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Kini, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu sangat berbesar hati dengan kehadiran semua NGO khususnya di Daerah Kota Bharu bagi menjalinkan hubungan baik dua hala dalam pelaksanaan program-program Belia dan Sukan serta Rakan Muda diperingkat Daerah Kota Bharu pada masa akan datang.
Semoga pertemuan dan sesi ramah mesra ini akan membuahkan hasil bagi merealisasikan usaha bagi menarik minat dari kalangan belia diperingkat akar umbi dan komuniti setempat untuk kembali aktif seperti tahun-tahun sebelumnya.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 213
