- JBS Kelantan
- Hits: 226
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYERTAAN DAN PROTOKOL SEMPENA KARNIVAL HARI BELIA NEGARA
KELANTAN, 1 OGOS 2022 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyertaan dan Protokol sempena Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan pada 20 Julai 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, wakil daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK), wakil daripada Majlis Belia Jajahan Pasir Mas serta pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Karnival kali ini bertujuan untuk mendekati belia diperingkat akar umbi agar dapat bersama-sama mendengar suara belia dan sekaligus dalam proses transformasi pembangunan belia.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 226
