KELANTAN, 4 September 2022 : Bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV telah berlangsung Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja kepada belia-belia yang berjaya dalam sesi temuduga terbuka di booth Youth Career (Y-Career) sempena Karnival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 pada 27 Ogos 2022 yang lalu.
Sebanyak 20 Syarikat daripada dalam dan luar Kelantan telah menyertai Program Y- Career yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada belia-belia. Program ini adalah untuk memberi akses kepada belia massa untuk mendapatkan maklumat dan peluang mengikuti latihan dan penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri. Program ini telah mendapat sokongan padu daripada PERKESO Negeri Kelantan. Seramai 222 orang belia telah di tawarkan pekerjaan secara terus semasa sesi temuduga tersebut.
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja itu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Hadir sama dalam majlis tersebut Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 195
