- JBS Kelantan
- Hits: 195
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE – MiLL) 2022
TANAH MERAH, 5 SEPTEMBER 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pelaksanaan Program Tunas Malaysia (Malaysia Little League – MiLL) 2022 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 pada 29 Ogos 2022 (Isnin) yang lalu.
MiLL Peringkat Daerah Tanah Merah akan dilaksanakan pada 12 hingga 15 September 2022 nanti. Kejohanan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Bawah 12 Tahun dan Kategori Bawah 16 Tahun. Mesyuarat ini fokus kepada penyertaan bagi Kategori Bawah 12 Tahun dan dihadiri oleh para guru dari sekolah rendah di daerah Tanah Merah.
Hadir ke mesyuarat tersebut ialah Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah serta Encik Ismafardi bin Ismail dan Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 195
