KELANTAN, 27 OKTOBER 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelantan Golf and Country Club (KGCC) telah menganjurkan Kejohanan Golf Siri 1 bagi Program 1000 Liga Peringkat Negeri Kelantan 2022 pada 22 Oktober 2022 yang lalu bertempat di Kelantan Golf and Country Club (KGCC).
Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggiat sukan golf di negeri Kelantan dengan penyertaam seramai 105 orang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir ialah Encik Saari Ismail, Kapten Kelantan Golf and Country Club (KGCC).
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 149
