- JBS Kelantan
- Hits: 173
PROGRAM LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE-MiLL) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH BACHOK 2022
BACHOK, 27 SEPTEMBER 2022 - Program Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League-MiLL) Kategori Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Bachok 2022 telah berlangsung pada 19 September 2022 bertempat di SK Badak dan SK Jelawat 2.
Objektif pelaksaan MiLL adalah memastikan kesinambungan bakat baru buat arena bola sepak Negara termasuklah menerusi penganjuran program pencarian bakat baharu di peringkat akar umbi.
Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 8 pasukan bola sepak terbaik bawah 12 tahun di Daerah Bachok dan akan berlangsung selama 2 hari bagi menentukan kejuaraan sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan sebangak RM1000.00 dan mewakili Daerah Bachok ke Kejohanan Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League-MiLL) Kategori Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Kelantan 2022 yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 September 2022.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 173
