KELANTAN, 5 OKTOBER 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan JBSN Kelantan telah menerima sumbangan berupa 1200 botol air mineral daripada Air Kelantan Sdn Bhd pada 3 Oktober 2022 bertempat di Wisma Air Kelantan, Kota Bharu.
Majlis penyerahan telah disampaikan oleh Nik Eda Salwanee binti Nik Sulaiman, Pengurus Komunikasi Korporat Air Kelantan Sdn Bhd kepada Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir sama Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan dan Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JBSN Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 3 Oktober 2022 : Bertempat di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’Isah Puteri Kota Bharu telah berlangsung Program Intervensi Sosial Dari Belia untuk Belia (Y2Y) Siri 2 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Penjara Negeri Kelantan, Urusetia Belia Sukan Negeri Kelantan dan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.
Program ini melibatkan seramai 157 orang peserta yang terdiri daripada belia bersekolah seluruh Daerah Kota Bharu. Tajuk perkongsian hari ini adalah Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) disampaikan oleh Ustaz Kamal bin Mohamad, Timbalan Pengarah Urusetia Belia Sukan Negeri Kelantan manakala perkongsian kedua bertajuk Kehidupan Di Sebalik Tirai Besi yang disampaikan oleh Sarjan Mejar Rozali bin Harun, Pegawai Pemulihan Pengarah Penjara Negeri Kelantan.
Program yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan dalam membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat, memupuk amalan nilai murni dalam kalangan belia, menggalakkan kolaborasi pelaksanaan program intervensi sosial oleh belia bersama pertubuhan belia berdaftar dan lain-lain agensi serta menggalakkan belia untuk berpersatuan.
Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama dalam majlis tersebut Encik Ahmad Fitri bin Abdul Kadir, Penolong Pengarah Unit HEM Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Puan Siti Sharidah binti Che Mahmood Pengetua SMA Tengku Amalin A’Ishah Puteri.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
KELANTAN, 4 Okotber 2022 : Pada 26 September 2022, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, telah berlangsung Program Intervensi Dari Belia untuk Belia (Y2Y) Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembanguna Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia Negeri Kelantan dan Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Tanah Merah.
Program ini melibatkan seramai 152 orang peserta yang terdiri daripada belia bersekolah seluruh Daerah Tanah Merah. Program yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan dalam membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat, memupuk amalan nilai murni dalam kalangan belia, menggalakkan kolaborasi pelaksanaan program intervensi sosial oleh belia bersama pertubuhan belia berdaftar dan lain-lain agensi serta menggalakkan belia untuk berpesatuan.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Encik Kamal Ruzaman bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Hadir sama dalam majlis tersebut Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan serta Tuan Haji Mohd Sauli bin Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
BACHOK, 2 OKTOBER 2022 - Selesai sudah Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Bachok Siri 2 Tahun 2022 yang telah diadakan di Pantai Melawi, Bachok disertai oleh 39 orang peserta ARPRM dari SMK Sri Gunung. Program yang dijalankan pada hari ini adalah berkonsepkan gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan peranginan. Sebanyak 50 beg plastik sampah berjaya dikumpul dalam aktiviti ini.
Turut hadir pada program ini ialah Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Nur Amysiah binti Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bachok, Encik Zaharuddin bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan JBSNK serta 4 orang guru pengiring SMK Sri Gunung.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Telah berlangsung Slot Ceramah Segmen Modal Insan dan Ekonomi Belia sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja 2 pada 21 September 2022 yang lalu.
Slot yang disampaikan oleh Encik Muiz Mukhtar, Penceramah dari Itqan Training and Consultant mendapat sambutan daripada para pelajar dan guru di sekolah tersebut. Seramai 734 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru SMKDMPR2 hadir dalam slot ceramah pagi ini.
Bertemakan 'Ini Masa Kita' , sambutan Hari Belia Negara tahun ini menterjemahkan maksud masa muda merupakan waktu terbaik bagi mengoptimumkan sumbangan bakti kepada negara.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Telah berlangsung Slot Ceramah Segmen Seni Kreatif dan Digitalisasi sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing pada 19 September 2022 yang lalu.
Slot yang disampaikan oleh Encik Nik Tarmizi bin Nik Abdul Rahman, Pengasas Seminar Gegar Otak mendapat sambutan daripada para pelajar dan guru di sekolah tersebut. Seramai 720 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru SMK Belimbing hadir dalam slot ceramah pagi ini.
Bertemakan 'Ini Masa Kita' , sambutan Hari Belia Negara tahun ini menterjemahkan maksud masa muda merupakan waktu terbaik bagi mengoptimumkan sumbangan bakti kepada negara.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Telah berlangsung Slot Ceramah Segmen Kenegaraan dan Patriotisme sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir pada 19 September 2022 yang lalu.
Slot yang disampaikan oleh Encik Alif Haiqal bin Mohd Saupi, Penceramah dari Gabungan Motivator Negeri Kelantan mendapat tumpuan penuh daripada para pelajar. Seramai 564 orang pelajar SMK Alor Pasir yang hadir dalam slot ceramah pagi ini.
Bertemakan 'Ini Masa Kita' , sambutan Hari Belia Negara tahun ini menterjemahkan maksud masa muda merupakan waktu terbaik bagi mengoptimumkan sumbangan bakti kepada negara.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Telah berlangsung Slot Ceramah Segmen Modal Insan sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 pada 18 September 2022 yang lalu.
Slot yang disampaikan oleh Encik Alif Haiqal bin Mohd Saupi, Motivator Gabungan Negeri Kelantan mendapat tumpuan penuh daripada para pelajar. Seramai 913 orang pelajar yang hadir dalam slot ceramah pagi ini.
Bertemakan 'Ini Masa Kita' , sambutan Hari Belia Negara tahun ini menterjemahkan maksud masa muda merupakan waktu terbaik bagi mengoptimumkan sumbangan bakti kepada negara.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah telah melaksanakan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 pada 17 September 2022 yang lalu. Sambutan HBNTM kali ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja 1.
Sambutan HBNTM yang berlangsung selama satu hari ini padat dengan pengisian aktiviti yang menarik. Antaranya Pertandingan Shoot Bola Jaring, Pertandingan Liga Penalti, Pertandingan PUBG, Persembahan Dikir Barat, Persembahan Brassband dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, acara yang paling ditunggu-tunggu, Sesi Cabutan Bertuah.
"Ini Masa Kita!" adalah tema bagi sambutan HBN pada tahun 2022. Acara perasmian bagi sambutan HBNTM 2022 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah