- JBS Kelantan
- Hits: 240
KUNJUNG HORMAT DARI YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA NEGERI KELANTAN (MALAYSIA CRIME PREVENTION FOUNDATION-MCPF) KE ATAS PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
KELANTAN, 27 SEPTEMBER 2022 - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan (Malaysia Crime Prevention Foundation – MCPF) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Encik Asmadi bin Mohamad pada 5 September 2022 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBSN Kelantan.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan (MCPF) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh Ybhg Dato’ Muhamad Zaki bin Hj Harun Pemangku Ketua Polis Kelantan. Tugas dan onjektif utama yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui Program/ Aktiviti Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan/ Agensi kerajaan, pihak swasta dan badan NGO yang lain.
Disediakan oleh: Puan Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin, Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 240
