- JBS Kelantan
- Hits: 178
FUN RIDE 60KM BUKA TIRAI SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022
KELANTAN, 12 OKTOBER 2022 - Fun Ride 60KM membuka tirai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022 pada 7 Oktober 2022 bertempat di Ibis Style Hotel Kota Bharu. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan, Ibis Styles Hotel Kota Bharu.
Kira-kira 450 peserta telah menyertai kayuhan sejauh 60KM bermula di Ibis Styles Hotel Kota Bharu melalui Pasir Mas, Tumpat dan kembali ke Ibis Styles Hotel. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Pemasaran Ibis Styles Hotel dan Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JBSN Kelantan.
Turut bersama dalam kayuhan tersebut adalah YB. Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan serta Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 178
