TANAH MERAH, 25 OKTOBER 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama PLD Bola Sepak Tanah Merah telah menganjurkan Program 1000 Liga Peringkat Daerah Tanah Merah bagi acara 1 on 1 Street Soccer pada 5 Oktober 2022 yang lalu.
Objektif utama penganjuran program 1000 Liga adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan.
Acara ini telah berjaya menarik minat 106 orang peserta yang terdiri daripada belia setempat, pemain-pemain bola sepak PLD dan pelajar-pelajar di sekitar Bandar Tanah Merah.
Hadir memeriahkan program, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Encik Aris bin Awang dan Ketua Jurulatih PLD Tanah Merah, Encik Suhaimi bin Ibrahim.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 144
