MACHANG, 8 OVEMBER 2022 – Kelmarin telah berlangsung Kejohanan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Machang di Sekolah Kebangsaan Kg. Kerilla, Machang. Seramai lebih kurang 84 orang peserta telah bersaing pada kejohanan tersebut.
Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan. Kejohanan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Encik Mohd Sarimat bin Salleh Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Azizul Bin Mat Daud Presiden Persatuan Catur Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 131
