- JBS Kelantan
- Hits: 201
KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2022
KELANTAN, Pada 30 Oktober 2022 : Bertempat di Dewan Sri Tunjong, Bandar Baru Tunjong telah berlangsung Kursus Pengurusan Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Asrama Harian Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 270 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah dari seluruh sekolah di Negeri Kelantan. Mewakili Jabatan adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Protokol dan Pengucapan Awam.
Ceramah ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta-peserta dan berharap ceramah ini akan di teruskan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 201
