BACHOK, 11 DISEMBER 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menganjurkan Kejohanan Badminton sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Bachok pada 28 Oktober 2022 yang lalu bertempat di Dewan Rassport, Kampung Sungai.
Kejohanan melibatkan pertandingan secara individu yang melibatkan penyertaan seramai 32 orang peserta dari daerah Bachok. Johan telah membawa pulang wang tunai RM200 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM150 dan RM100 setiap seorang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 127
