- JBS Kelantan
- Hits: 128
TAYANGAN "BIG SCREEN" SEPARUH AKHIR 2 AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022 MERIAH
KELANTAN, 11 JANUARI 2023 - Telah berlangsung tayangan "Big Screen” perlawanan separuh akhir 2 AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia dan Thailand anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Urus Setia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan bertempat di Pentas Utama Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada 10 Januari 2023.
Turut diadakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut. Walaupun pasukan Malaysia tewas kepada Thailand namun sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat yang hadir yang setia menunggu sehingga tiupan wisel penamat.
Hadir meluangkan masa bersama-sama menonton adalah YB. Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB. Zuraidin bin Abdullah, Timbalan Pemgerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan serta Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan.
Turut bersama Encik Mohd Kamal bin Mohamad, Timbalan Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan (U-Bes) Negeri Kelantan serta wakil dari MYDIN Mall Tunjong, Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 128
