- JBS Kelantan
- Hits: 143
SUMMER CAMP DI MUSIM TENGKUJUH
KELANTAN, 31 Januari 2023 : Kem Anak Muda (KAMU) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) bersama Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan mengambil inisiatif menganjurkan KAMU sebanyak 3 siri. Siri 1 ini diadakan bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2023 bertempat di Kem Damai Beach Resort yang melibatkan anak muda dari seluruh daerah di Negeri Kelantan.
Salah seorang peserta yang ditemui, Saudara Mohamad Alauddin Adli bin Abdul Rahman daripada Sekolah Menengah Dato Bijiwangsa, Tumpat berkata beliau begitu teruja untuk mengikuti kem selama 3 hari 2 malam ini walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, beliau dan rakan-rakan akan tetap menyahut cabaran yang akan diberikan demi mengharumkan nama sekolah masing-masing. Program yang berkonsepkan Summer Camp di musim tengkujuh ini merangkumi aktiviti kerohanian, motivasi, mengenali diri serta aktivti riadah dan kecergasan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Belia JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 143
