TUMPAT, 1 JANUARI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah melaksanakan Program Pasca Bencana Banjir Peringkat Daerah Tumpat 2022 yang telah diadakan pada 27 Disember 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaan Telok Jering,Tumpat. Turut hadir YABrs Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah meluangkan masa untuk turun bersama-sama 15 orang SATRIA Pasca Bencana Daerah Tumpat bertujuan untuk mencuci surau dan makmal dan bilik darjah. En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan kakitangan juga hadir bagi melancarkan program ini dalam melaksanakan aktiviti gotong royong membersih kawasan dan sekitarnya.
Semoga program sebegini dapat dapat menzahirkan rasa tanggungjawab golongan muda kepada sosial yang telah memberi sumbangan masa dan tenaga bagi membersihkan kawasan yang terjejas banjir.
Disediakan oleh : Abdul Aziz bin Noor, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 132
