BACHOK, 30 JANUARI 2023 - Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Kampung Takang telah mengadakan kunjung hormat ke Pusat Gerakan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, Pasir Mas pada 18 Januari 2023 yang lalu. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan berkongsi pengalaman bersama barisan kepimpinan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.
Pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsikan oleh Saudara Remi, Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin. Antaranya ialah dari segi pengurusan dan pentadbiran kelab, sistem pemfailan dokumen, termasuklah pengalaman mereka dalam pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara yang pernah menjadi johan di peringkat negeri Kelantan.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah Puan Nur Amysiah binti Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 148
