- JBS Kelantan
- Hits: 140
KUNJUNG HORMAT PENGERUSI PERTUBUHAN KASIH RAKYAT KELANTAN KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH GUA MUSANG
GUA MUSANG, 13 FEBRUARI 2023 – Pertubuhan Kasih Rakyat Kelantan telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk beramah mesra dan bersuai kenal dengan Pegawai Belia Dan Sukan selain untuk bertukar pendapat tentang pembangunan belia terutamanya belia-belia di Gua Musang.
En Shahabuddin Bin Deraman selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang berkata,terdapat belia-belia di Gua Musang yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan hal ini harus dipandang serius kerana ianya menjadi salah satu faktor para belia mudah terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Maka jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dan NGO harus berganding bahu untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini agar kebajikan belia-belia terpelihara seterusnya dapat melahirkan individu dan masyarakat yang aktif dan berwawasan tinggi.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 140
