- JBS Kelantan
- Hits: 241
SMK ALOR PASIR JUARA LIGA TUNAS MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH BAWAH 16 TAHUN
TANAH MERAH, 29 SEPTEMBER 2022 – Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) Peringkat Daerah Tanah Merah 2022 telah berlangsung selama 2 hari pada 14 dan 15 September yang lalu di Padang Domis, Tanah Merah.
4 pasukan berentap untuk merebut gelaran Juara. SMK Alor Pasir telah merangkul gelaran Juara dan membawa pulang wang kemenangan bernilai RM1000 beserta medal serta secara automatik akan mewakili daerah Tanah Merah ke saingan di peringkat negeri. Manakala Naib Johan jatuh kepada SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2 membawa pulang wang kemenangan bernilai RM700 dan medal. SMK Tan Sri Mohamad Yaacob dan SMK Tanah Merah 2 berpuas hati di tempat ketiga bersama membawa pulang wang kemenangan RM 300 dan medal.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zaidi Mohd Zain Timbalan PPD Tanah Merah. Turut hadir ialah Encik Mat Yaacob Hasan, PP unit bakat murid JPN Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 241
