- JBS Kelantan
- Hits: 189
JOM OGHE BACHOK! PAKAT MAGHI BELAKO SERTAI PROGRAM HARI BELIA NEGARA PERINGKAT JAJAHAN BACHOK 2022
BACHOK, 18 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Takang akan menganjurkan Program Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Bachok 2022 pada 16 hingga 17 September 2022 bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama.
Pelbagai acara menarik disediakan untuk disertai dan dikunjungi. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Pertandingan Fotografi, Pameran Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, Jualan Usahawan dan Food Truck, Pertandingan Motor Klasik, Pertandingan Bola Sepak Pantai, Buskers Belia dan Pertandingan Sukan Rakyat.
Jom Oghe Bachok! Pakat maghi belako memeriahkan hujung minggu anda dengan menyertai Program Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Bachok 2022 yang buat julung kalinya diadakan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 189
