- JBS Kelantan
- Hits: 215
PENGLIBATAN PASUKAN PBSD JELI DALAM PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH JELI
JELI, 7 OGOS 2022 – Telah berlangsung Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Jajahan Jeli anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan kerjasama Pejabat Kesihatan daerah Jeli bertempat di Taman Rekreasi Cahaya Ibadah Gunong Reng, Batu Melintang pada 3 Ogos 2022, hari Rabu yang lalu.
Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ini merupakan hala tuju Malaysia bagi menyokong Pelan Exist Strategy dan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 serta persediaan untuk hidup bersama-sama COVOD-19. Bagi peringkat daerah Jeli ini, pelbagai acara pertandingan dan pameran diadakan dengan penglibatan semua agensi kerajaan di daerah Jeli seperti Pertandingan Lompat Tali, Explorace Minda Sihat, Pertandingan Menu Masakan Sihat dan lain-lain lagi.
Pasukan PBSD Jeli turut terlibat dalam pertandingan Sepak Raga Bulatan iaitu En. Mohd Nazri bin Md. Nawawi, En. Mohamad bin Daud dan En. Mohd Nazaruddin bin Mohd Zain. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Izani bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 215
