- JBS Kelantan
- Hits: 281
PASUKAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 (LELAKI) DAERAH BACHOK RANGKUL NAIB JOHAN MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT NEGERI KELANTAN
BACHOK, 17 JULAI 2022 - Kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Kategori Lelaki dan Wanita Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 telah berlangsung pada 15 Julai 2022 bertempat di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan ini terdiri daripada pasukan Johan dan Naib Johan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah di seluruh Negeri Kelantan.
Pasukan Bachok (A) Kategori Lelaki telah berjaya merangkul Naib Johan apabila ditewaskan oleh Pasukan Tanah Merah (A) dengan jaringan 11-13. Pasukan Bachok (A) membawa pulang medal dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 700.00 manakala pasukan Tanah Merah (A) membawa pulang medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut hadir Encik Goh Wong Swee, Timbalan Presiden Persatuan Bola Keranjang Negeri Kelantan dan Encik Ooi Siong Hwa, Naib Presiden Persatuan Bola Keranjang Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 281
