
KELANTAN, 4 JULAI 2022 – Telah berlangsung Program Pengenalan eROSA Bersama JBSN Negeri 2022 (Zon Timur) pada 28 hingga 30 Jun 2022 bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan lebih mendalam kepada pegawai terhadap fungsi dan pengoperasian Sistem Pengurusan Badan Sukan (eROSA).
Seramai 11 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah turut serta dalam program ini.
Rumusan program telah dikendalikan oleh Encik Ariffin bin Mohd Ghani, Timbalan Pesuruhjaya Sukan. Turut hadir sama Encik Izwandy bin Ismail, Pengarah JBSN Terengganu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 205



