- JBS Kelantan
- Hits: 257
PASUKAN KOTA BHARU (A) UNGGULI BADMINTON BERPASUKAN MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2022

KELANTAN, 26 JUN 2022 - Telah diadakan Pertandingan Badminton Berpasukan Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan yang bermula pada 24-25 Jun 2022 telah menghimpunkan sebanyak 20 pasukan yng terdiri daripda Johan dan Naib Johan setiap penganjuran MSL Peringkat Daerah di seluruh Negeri Kelantan.
Pasukan Kota Bharu (A) telah berjaya dinobatkan sebagai Johan setelah berjaya mengalahkn pasukan Pasir Mas (A) dengan mata 3-1. Tempat Ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Kota Bharu (B) dan Pasir Mas (B).
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir Dr. Naharuddin bin Hashim, Presiden Persatuan Badminton Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 257






