- JBS Kelantan
- Hits: 220
4 LADIES JOHAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 KATEGORI WANITA MSL PERINGKAT DAERAH BACHOK

BACHOK, 14 JUN 2022 - Kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Kategori Wanita Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Bachok telah diadakan serentak dengan kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Kategori Lelaki yang telahpun berlangsung pada 27 Mei 2022 di Dataran Perahu, Pantai Irama.
Pasukan 4 Ladies telah berjaya merangkul Johan. Manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan Tg. Faris 2. Tempat Ketiga Bersama dimenangi pasukan Tg. Faris 3 dan pasukan Tg. Faris 1.
Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Bachok ke pertandingan Peringkat Negeri Kelantan yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pemain.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 220



