
TUMPAT, 31 MEI 2022 – Telah berlangsung pertandingan bagi acara bola jaring bagi Program Malaysia Sports League (MSL) peringkat Daerah Tumpat yang telah diadakan pada 28 Mei 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di SMU (A) Bustanus Saadah / Maahad Muhammadi Tumpat, Kelantan.
Sepuluh pasukan telah menyertai bola jaring bagi kejohanan Malaysia Sports League bagi tahun 2022. Johan pertandingan telah dimenangani pasukan Dragon manakala Naib Johan milik pasukan PLN A. Tempat ketiga dimiliki Pasukan PLN B dan pasukan Phantom. Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Tumpat ke pertandingan bola jaring Malaysia Sports League (MSL) peringkat Negeri Kelantan yang dijangka diadakan pada awal bulan hadapan.
Disediakan oleh Abdul Aziz bin Noor, Urusetia Portal Pejabat Belia & Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 235






