
TANAH MERAH, 31 MEI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah telah menganjurkan Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Tanah Merah pada 13 Mei 2022 (Jumaat) yang lalu. Kejohanan ini telah diadakan di Ku Yo Futsal, Tanah Merah dengan penyertaan sebanyak 6 pasukan futsal wanita.
Kejohanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs. Encik Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang juga menyantuni para pemain futsal. Di samping itu, gimik telah disempurnakan oleh beliau sebagai tanda sokongan kepada semua pasukan bertanding. Johan bagi Kejohanan Futsal Wanita MSL Peringkat Daerah Tanah Merah ialah Kampung Baru dengan membawa pulang hadiah medal dan wang tunai sebanyak RM1000. Alor Pasir A pula berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700. NV dan Alor Pasir C di tempat ketiga bersama.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Hayati binti Ibrahim, Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SMK Alor Pasir diiringi oleh Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 257



