
PASIR MAS, 24 MEI 2022- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah menerima kunjungan mesra dari Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang juga ADUN Chetok, YB Hj Zuraidin bin Abdullah pada Rabu lalu.
Beliau singgah untuk bertanya khabar dan turut menyampaikan sumbangan kepada urusetia penganjuran Program Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Pasir Mas 2022. Program ini akan berlangsung bermula 21 Mei 2022 hingga 11 Jun 2022 melibatkan lima acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Jaring, Sepak takraw, Badminton Berpasukan, Bola Keranjang 3 on 3 Lelaki dan Wanita serta Futsal Lelaki dan Wanita.
Turut menyambut kedatangan YB Hj Zuraidin bin Abdullah adalah Ahli Jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas iaitu Timbalan Pengerusi MBJ Pasir Mas, Asroy Azmi; Setiausaha MBJ Pasir Mas, Mohd Fadzwan Mohd Zainon serta pengerusi Kelab Belia Integrasi Tendong, Mohd Azuan Shaari.
Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Hj Zuraidin bin Abdullah di atas sumbangan tersebut.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 352


