
KELANTAN, 16 MEI 2022 – Malaysian Sports League (MSL) yang diadakan pada 14 Mei 2022 bertempat di Ku Yo Futsal Tanah Merah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turun menyantuni para pemain Futsal sekaligus membuat gimik sepakan penalti tanda sokongan kepada semua pasukan yang bertanding di Daerah Tanah Merah.
Penyertaan adalah sebanyak 36 team futsal lelaki & 6 team futsal wanita. Turut hadir memantau ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama-sama En Mohamad Saupi bin Ibrahim, Pegawai Penggalakan Sukan dan hadir sama En Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah bersama team PBSD Tanah Merah
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 280


