- JBS Kelantan
- Hits: 235
TIADA HARI TANPA AL-QURAN

KELANTAN, 28 APRIL 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadan bermula 3 hingga 22 April 2022 bertempat di Masjid Tengku Ahmad Panglima Raja, Mukim Paloh Gua Musang . Pengisian aktiviti adalah Tadarus Al-Quran yang akan dihabiskan oleh 20 orang belia sebanyak 30 juzuk bacaan Al-Quran dengan bimbingan 2 orang guru pembimbing.
Program Tadarus Al-Quran ini telah dijadikan program tetap khususnya ibadah di bulan Ramadan kearah pemantapan jadi diri sebagai umat Islam.. Semoga aktiviti bermanfaat seperti program tadarus ini dapat mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak. Turut hadir Encik Amreezal bin Abdul Kadir , Pegawai Rakan Muda JBSNK dan Encik Bharu bin Bakar @ Abu Bakar, Pegawai PBSD Gua Musang.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
- JBS Kelantan
- Hits: 235




