- JBS Kelantan
- Hits: 337
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH TANAH MERAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

TANAH MERAH, 26 APRIL 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Asmadi bin Mohamad bersama Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria pada 18 April 2022 (Isnin) yang lalu.
Kunjungan ini bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap bahagian pentadbiran pejabat iaitu MyPortfolio pegawai dan kakitangan, Minit Mesyuarat Dalam Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Pengemaskinian Setem dan lain-lain lagi. Di samping itu, Encik Asmadi dan Encik Hazri juga berpeluang untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah serta mengambil berat mengenai belia dan beliawanis di daerah Tanah Merah.
Setiap teguran dan cadangan amatlah dihargai demi meningkatkan lagi kualiti sistem operasi pejabat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 337


