
KELANTAN, 13 APRIL 2022 –Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjung hormat Kelab Aerobik Panji (KAP) kepada YBrs Encik Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 10 April 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kunjung hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara JBSNK dan KAP disamping menjalinkan kerjasama di dalam pelaksanaan-pelaksanaan program di peringkat jabatan mahupun kelab. Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Puan Nurul Asmad Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 309



