- JBS Kelantan
- Hits: 269
PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN TADARUS AL-QURAN DAERAH TANAH MERAH 1443H/2022M

TANAH MERAH, 05 APRIL 2022 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Encik Aris bin Awang bersama Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah berjumpa dengan Ustaz Uthman Muhamed pada 31 Mac 2022 (Khamis) yang lalu bagi membincangkan Program Rakan Muda Ramadan Tadarus al-Quran Daerah Tanah Merah 1443H/2022M.
Program ini akan dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula pada 1 Ramadan sehingga 20 Ramadan, atau beberapa hari dalam tarikh tersebut di masjid-masjid terpilih . Peserta di setiap masjid atau surau mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang golongan belia serta pembimbing. Bagi program khatam al-Quran pula, pelaksanaan bermula antara 21 – 30 Ramadan 1443 Hijrah dan terdiri daripada para peserta tadarus dan beberapa jemputan khas di daerah. Antara pengisian lain Ketika program khatam al-Quran adalah ceramah atau tazkirah ringkas, majlis iftar & moreh serta gotong royong dan khidmat komuniti.
Hasil perbincangan tersebut, Ustaz Uthman Muhamed bersedia untuk bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah untuk menjayakan Program Rakan Muda Ramadan Tadarus al-Quran Daerah Tanah Merah 1443H/2022M.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 269




