
KELANTAN, 7 APRIL 2022 – Tahniah dan Syabas kepada 2 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas, iaitu Saudara Muhammad Danish Rif’qi bin Lukman dan Saudari Nur Jasmine Athirah binti Azhar dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah yang berjaya melengkapkan aktiviti mereka yang terakhir iaitu Program Penempatan 5 hari 4 malam ( 29 Mac hingga 2 April 2022).
Selama 5 hari 4 malam mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama penduduk dan belia-belia di Felcra Panchor Merah, Setiu Terangganu. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Panchor Merah yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Ali bin Abu Bakar antaranya gotong-royong kubur dan masjid, kelas tutor kepada belia-belia, ceramah ambang ramadan, acara sukan dan juga tradisi penduduk kampung itu sendiri.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa angkat peserta emas, Encik Abu Bakar bin Mohd dan Rahmah binti Omar kerana sudi menerima peserta ARPRM Tahap Emas untuk tinggal bersama mereka dan mempelajari pelbagai tradisi penduduk kampung Felcra.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 248





