
TANAH MERAH, 30 MAC 2022 – Persatuan Skuasy Negeri Pahang (Baru) telah menganjurkan Kejohanan Skuasy East Coast Challenge 1st Leg 2022 bertempat di Gelanggang Skuasy MSN Pahang, Teluk Sisek, Kuantan pada 23 hingga 26 Mac 2022 yang lalu.
Majlis Sukan Negeri Kelantan telah menghantar seramai 17 pemain skuasy lelaki dan 4 orang pemain perempuan untuk mengambil bahagian dalam beberapa kategori iaitu, Lelaki dan Perempuan Bawah 9 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun, Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun serta Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun.
Peserta dari Tanah Merah, Harris Naufal dan Ahmad Faqeef telah terpilih untuk bertanding dalam kategori Lelaki Bawah 9 Tahun. Mereka masing-masing menamatkan saingan di tempat ke 6 dan ke 7 keseluruhan daripada 16 peserta yang mengambil bahagian dalam kategori ini.
Secara keseluruhannya, kontinjen Kelantan yang majoritinya diwakili oleh muka-muka baharu, melalui program pengesanan Bakat (TID) oleh MSN Kelantan pada Januari hingga Februari 2022 pulang dengan membawa 4 pingat gangsa.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua atlet Kelantan untuk kejohanan-kejohanan seterusnya nanti.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 370

