
KOTA BHARU, 29 MAC 2022 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Bharu 2022 telah berlangsung pada 28 Februari 2022 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang dipengerusikan oleh YAbrs Ketua Jajahan Kota Bharu. Mesyuarat tersebut adalah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Bharu. Hadir mewakili Jabatan dalam mesyuarat tersebut ialah, En Nor Amirul Amir bin Abdullah, Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah JBSNK.
Sebanyak 31 agensi terlibat di dalam mesyuarat ini termasuk Polis Diraja Malaysia yang mana bertanggunjawab memastikan keselamatan masyarakat. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah pembentangan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Bharu berkenaan situasi dadah di Daerah Kota Bharu. Manakala Polis Diraja Malaysia membentangkan berkenaan statistik penyalahgunaan dadah di Kota Bharu
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Belia
- JBS Kelantan
- Hits: 276




