
KELANTAN, 15 MAC 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama ABIM Pasir Puteh dan ABIM Kelantan telah bersama-sama bersatu padu bergotong royong membersihkan kawasan yang terkesan bencana banjir sempena Program Sukarelawan Pasca Banjir Daerah pada 6 Mac 2022 yang lalu. Antara tempat yang terkesan adalah Balai Polis Rantau Panjang, rumah mangsa banjir Kampung Kusar, Rantau Panjang dan surau Kampung Alor Pasir Chabang Empat Rantau Panjang
Seramai 20 orang sukarelawan yang telah bekerjasama gotong royong membersihkan 3 buah pasti dan rumah mangsa yang terkesan banjir.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 269



