- JBS Kelantan
- Hits: 360
GOTONG-ROYONG BERSIHKAN KUBUR

BACHOK, 2 MAC 2022 - Program Rakan Muda Prihatin Peringkat Daerah Bachok telah diadakan pada 25 Februari 2022 yang lalu bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Pantai Irama Bachok. Aktiviti gotong-royong membersih tanah perkuburan merupakan salah satu pengisian daripada program tersebut.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan daerah Bachok dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Bachok City. Walaupun cuaca lembap dan hujan , para peserta tetap bersemangat meneruskan aktiviti gotong-royong.
Penyertaan golongan muda dalam aktiviti ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dan keprihatinan di samping memupuk semangat kesukarelaan yang tinggi.
Turut hadir menjayakan program ini ialah Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok serta Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bachok. Hadir sama ialah Puan Siti NurNajwa binti Che Kar dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi memantau pelaksanaan program.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 360


