- JBS Kelantan
- Hits: 318
PERBINCANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 16 FEBRUARI 2022 – Satu perbincangan Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 13 Februari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Perbincangan ini diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Rakan Muda, Encik Amreezal bin Abdul Kadir dan bersama pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Antara intipati perbincangan ini adalah tentang status program-program rakan muda yang telah dilaksanakan, laporan-laporan program, perancangan dan perjalanan program bagi tahun 2022.
Semoga apa yang diputuskan dan dirancang akan dipermudahkan dan berjalan lancar. Akhir perbincangan, Ketua Unit Rakan Muda mengingatkan agar semua pegawai sentiasa menjaga imej, disiplin dan berintegriti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Semoga hasil perbincangan ini dapat melancarkan dan memberi impak positif dalam pembangunan rakan muda di Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 318


