
KELANTAN, 28 FEBRUARI 2022 – Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Serakai Mas Cycling Club (SMCC), RELA Pasir Mas dan AJK madrasah telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan madrasah bertempat di Madrasah Al-Ahmadi, Pasir Mas pada 26 Februari 2022 (Sabtu) sempena Program Rakan Muda Prihatin Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Mas. Aktiviti ini bertujuan untuk gotong-royong membersihkan madrasah dan kawasan sekitarnya.
Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran, memupuk, menggalakkan dan melahirkan sukarelawan daripada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda. Melalui program ini juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri individu agar terus sama-sama menjaga kemudahan yang ada di madrasah tersebut. Puan Nur Aliaa binti Wan Johan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir untuk memantau pelaksanaan program.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 275






