
BACHOK, 16 MAC 2022 – Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) akan dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pertubuhan belia dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan belia dan sukan diseluruh negeri.
Selain itu, APBN dianjurkan adalah bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Kategori yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Kategori Pertubuhan Belia, Kategori Individu Lelaki dan Kategori Individu Wanita.
Calon Kategori Individu Lelaki bagi daerah Bachok, Encik Ahmad Faris bin Yusof berkata, persediaannya telah mula dilakukan seawal tahun 2021 bagi menyertai APBN pada tahun 2022. Pelbagai program dan aktiviti yang telah beliau sertai dan dilaksanakan khusus untuk pembangunan belia di daerah Bachok bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Semoga penyertaan beliau untuk mewakili daerah Bachok mendapat tempat dimata juri bagi sesi penilaian yang dijangkakan akan berlangsung pada 25 – 27 Mac nanti.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 384





