- JBS Kelantan
- Hits: 292
NURSHAFIKAH SHAARI MEWAKILI DAERAH JELI BAGI CALON INDIVIDU WANITA APBN NEGERI KELANTAN 2022

JELI, 10 MAC 2022 – Sesi perbincangan dan penerangan mengenai Program Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada Selasa lalu, 8 Mac 2022 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Perbincangan diantara Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli bersama salah seorang calon individu wanita bagi Daerah Jeli iaitu Cik Nurshafikah binti Shaari ini bertujuan memberi sedikit gambaran dalam proses penyediaan dokumentasi pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) nanti.
Selain itu, sesi perbincangan ini juga diharapkan dapat membantu beliau menyediakan dokumentasi mengikut format dan kriteria yang telah ditetapkan sekaligus menghasilkan portfolio yang baik. Pihak pejabat mengucapkan selamat maju jaya dalam sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat Negeri Kelantan yang dijangka diadakan pada akhir bulan nanti.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 292





