- JBS Kelantan
- Hits: 293
MYFIT@MOTORSPORTS KLINIK ASAS CUBPRIX PERINGKAT NEGERI KELANTAN BERI PELUANG BELIA RASAI PENGALAMAN MENUNGGANG CUBPRIX

KELANTAN, 28 MAC 2022 – Bertempat di Litar Go Kart Diraja Kelantan, Gunong, Bachok telah berlangsung Myfit@Motorsports Klinik Asas CubPrix Peringkat Negeri Kelantan 2022 pada 26 Mac 2022 yang lalu. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Integrasi ini telah berlangsung dengan jayanya dengan diketuai oleh En Muhammad Farid bin Badrul Hisham, Jurulatih CubPrix Kelab Sukan Bermotor Integrasi
Tujuan pelaksanaan program ini adalah memberi pendedahan dan peluang kepada para peserta berumur 13 hingga 18 tahun mengenali sukan bermotor dua roda iaitu CubPrix serta merasai pengalaman menunggang CubPrix. Agak mengagumkan apabila terdapat 4 orang peserta dari kalangan wanita malah mampu menunggang CubPrix dengan baik.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi JBSN Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 293


