
BACHOK, 3 APRIL 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menghantar 2 orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita menyertai Myfit@Motorsports Klinik Asas CubPrix Peringkat Negeri Kelantan 2022 pada 26 Mac 2022 bertempat di Litar Go Kart Diraja Kelantan, Gunong, Bachok.
Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Integrasi yang memberi peluang kepada para peserta yang berumur 13 hingga 18 tahun mengenali sukan bermotor CubPrix serta mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 253





