
JELI, 5 APRIL 2022 – Program Rakan Muda Ramadan Tadarus Al-Quran peringkat Daerah Jeli bagi tahun 2022/1433H telah diadakan di Madrasah Ribat Assa’yu Almashur, Kg. Bukit Lakota, Jeli bermula 3 April 2022. Program selama 20 hari ini akan berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Daerah Jeli yang dijangka akan dilaksanakan pada 23 April 2022 nanti.
Program yang disertai seramai 20 orang belia-belia berumur 15-25 tahun ini berperanan sebagai salah satu platform untuk anak-anak muda beragama Islam meningkatkan amalan di bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat. Peserta melakukan aktiviti membudayakan amalan sunnah serta mengisi jiwa iaitu aktiviti solat berjemaah, berzikir dan bertadarus al-quran yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad Mustaqim bin Samsul Bahari.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 290





